Thursday, April 2, 2009

5 cara memilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :
Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...
Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tuesday, February 10, 2009

CAMPUS QUIRK

Dalam pemerhatian kita, adakalanya kita pernah terlihat perkara pelik yang kadang kalanya mmelucukan dan tidak kurang juga menakutkan. Perkara pelik yang pernah saya lihat, apabila seseorang mengenakan cara pemakaian yang agak berlainan. Cara pemakaiannya ala-ala orang singapura, berjubah dan si pemakai mengenakan seluar jeans yang terlalu panjang sehingga mencecah tanah. Warna jubahnya pula sering kehitaman, seperti sedang berkabung. Itu belum masuk bab solekannya lagi. Tidak salah kalau ingin memakai celak, lagipun itu merupakan satu sunnah. Namun cara pemakaian celak yang terlalu pekat mengakibatkan matanya menjadi kecil dan seolah-olah berat untuk membukanya. Si pelik juga sering mengenakan kasut sukan dalam pemakaian hariannya, walaupun ketika itu, si pelik memakai jubah.

Friday, February 6, 2009

kalau takut...jangan tengok gambar...baca saja..



Cecair Mayat disedut sebelum diterbangkan (US Law)Tazkirah menarik utk. dikongsiAssalamualaikum Ikhwah Dikasihi,
Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar Negara khususnya di US , hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal disini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika. Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!).Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat.Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kesihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).
Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.
Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.
Kubur di Mekah sekalipunkalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga,maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukanmain berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.wallahua'lam bissawwab...







Wednesday, February 4, 2009

5 cara memilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :
Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...
Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."







Tuesday, February 3, 2009

tidak perasan atau tidak terfikir langsung

"Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

antara kekayaan,kejayaan dan kasih sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama"mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingintahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan,dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak,siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput KasihSayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi denganKasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamukita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat,wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar,tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Sunday, February 1, 2009

khidmat masyarakat

Salam semua…. Hai kawan2… Apa khabar?…. Harap2 sihat. Baru2 ni saya n budak2 SUKSIS mengikuti satu program kemasyarakatan di salah sebuah tempat bersejarah.. iaitu Bukit Kepong, Johor. Seronok sangat, sebab ini adalah salah satu program yang mana kami bersama beberapa penduduk di sana bekerjasama membersihkan kawasan balai polis bukit kepong dan tanah perkuburan bukit kepong. Kami juga mengecat semula bangunan balai polis tersebut. Selain itu, di dalam bangunan tersebut terdapat sebuah bilik pameran yang mana kami dapat melihat gambar2 kenangan, seperti gambar pentomen tentang sejarah bukit kepong, gambar sewaktu banjir melanda bukit kepong dan sebagainya. Tapi saya tidak berkesempatan untuk melihat kawasan bangunan dari atas bumbumg bangunan itu sendiri sepertimana yang kawan2 saya lakukan. Namun, saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan potret di sana. Ini merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya kerana, baru kali ini saya berpeliang untuk melihat sendiri kawasan sejarah dan membersihkannya. Seandainya saya tidak silap, menurut penduduk di situ, kawasan balai polis itu menjadi check point dalam program Le Tour De Langkawi pada 12 Feb ini.